Tuesday, December 21, 2010

Kau Yang Terakhir...

kau yang terakhir yang aku kenal...
kau yang terakhir aku jumpa...
kau yang terakhir aku sayang...
pertemuan pertama kita tidak terdetik pun perasaan cinta..
namun...Allah lebih mengetahui...
aku bersyukur pada-Mu kerana memberi peluang kepada aku untuk mengenal erti cinta...
walaupun selama ini Kau beri peluang yang sama...
namun tidak aku hargainya...
aku rasa amat bersalah...
namun hidup mesti diteruskan...
tanggal 26 oktober 2010...
Kau temukan aku dengan seorang wanita...
wanita yang pada mulanya hanyalah sebagai kawan...
namun pada malam itu...
Engkau memberikan aku perasaan cinta...
bagai bunga yang baru mengembang di subuh hari...
memberikan senyuman yang manis kepada diri...
aku bersyukur kepada-Mu juga kerana menemukan aku dengan gadis pilihan..
memahami...
bertolak-ansur...
tidak mengongkong...
ikhlas...
menutup aurat..
bertudung...
dan yang paling penting adalah islam...
Ya Allah...
aku berjanji pada diri aku sendiri...
aku berjanji..
tidak akan aku leka lagi...
mencintai dia sepenuh hati...
serta menjadi yang terbaik untuk diri dia...
kerana...
kau yang terakhir sayang...

Monday, October 4, 2010

Kepada Awak.

Saya terima sms dari awak pada pagi 7.8.2010.
Awak kata saya poyo.
Saya sabar.
Pastu kita bersembang.
Saya tanya kat awak tentang "siapa orang yang awak suka?".
Awak pun main teka-teki dengan saya.
Macam-macam 'hint' awak bagi kat saya.
Akhir sekali awak cakap yang awak suka saya.
Saya malu.
Tapi hati saya melompat gembira.
Saya bersyukur tidak terkata.
Lepas tu awak pergi ofis dengan wani.
Saya ikut.
Pastu saya tunggu kat ofis.
Awak malu-malu.
Saya pun tertanya-tanya kat diri saya "betol ker aku tgh kapel ngan dia".
Saya still blur.
Tapi lepas awak mula cakap dengan saya, saya jadi gembira.
Maka bermulalah episod percintaan kita yang penuh dengan suka dan duka.
Awak kuat merajuk.
Awak kuat bercakap.
Awak kuat buat saya cemburu.
Sehinggalah suatu hari tu say tersilap cakap dan saya rasa ia hanyalah ayat yang biasa dan tidak tahu ianya akan menyakitkan hati awak.
Awak sms saya cakap yang awak marah kat saya.
Saya minta maaf berulang kali.
Tapi awak tak endahkan.
Petang tu saya jumpa awak , saya minta maaf.
Tapi awak still moody.
Saya pun malas nak cakap.
Saya diam.
Tiba-tiba awak panggil saya.
Tapi saya merajuk.
Awak suruh saya baca sms.
Saya tak nak.
Awak pujuk lagi.
Saya baca dan saya tersenyum.
Awak dah maafkan saya.
Pastu hubungan kita O.k.
Lepas raya saya jumpa awak kat Time Square.
Saya happy sangat-sangat.
Pastu kita jalan-jalan.
Awak banyak singgah kedai sampai tinggal saya sorang-sorang.
Tapi saya tak kisah sebab saya cuba memahami perangai awak.
Pastu kita pergi makan kat Mc Donald.
Awak suap saya makan, saya suap awak makan.
Pastu kita pergi panggung tengok wayang.
Pastu kita balik.
Saya sedih sebab berpisah dengan awak kat KL Sentral.
Balik tu saya sms awak dalam tren LRT.
Saya cakap saya happy sangat-sangat.
Tiba-tiba awak cakap sorry.
Muka saya tiba-tiba berkerut.
Saya tanya kenapa.
Awak pun mulalah dengan tuduhan melulu.
Saya sabar sebab saya sayang awak.
Akhirnya awak cakap.
Saya pun gelak.
Ada salah faham.
Pastu kita sampai rumah dan tidur sebab penat sangat.
Malam tu kita sms macam biasa.
Sampailah suatu hari, awak hantar satu gambar kat say.
Saya cakap awak dah berisi sikit.
Awak merajuk lagi.
Awak cakap macam-macam.
Saya sabar kena tuduh.
Sebab saya sayang awak.
Pastu saya pujuk awak lagi.
Akhirnya awak mengalah.
Pastu hubngan kita baik semula.
Sehinggalah tiba suatu hari.
Saya buka M.S awak.
saya nampak gambar awak dengan Ex awak.
Saya cemburu.
Malam tu saya sms awak.
Saya cakap saya cemburu.
Awak pun cakap yang awak tak boleh nak lupa kat dia.
Saya suruh awak buat keputusan.
Keputusan awak tak nak bercinta.
Saya pujuk awak dan minta maaf.
Saya kol hp awak.
Awak tutup.
Saya kol rumah awak, adik awak angkat.
Saya kol hp awak balik.
Saya minta maaf banyak.
Tapi awak dengan keputusan awak.
Akhirnya saya hormat.
Saya terima.
Mungkin jodoh kita tiada sekarang.
Mungkin setahun, dua tahun, tiga tahun atau bertahun-tahun kemudian kita kan kembali bersam.Insyallah.
Saya minta maaf.
Saya tak patut buat awak macam tu.
Saya ni bodoh.
Saya ni tak pandai dalam bercinta.
Saya berjanji, tapi saya mengulanginya.
Tapi saya nak awak tahu satu perkara...
Saya sayang awak.(T_T)

__###___####___
_#####_#####___
_##########____
__########_____
___######______
____####_______
_____##________
_____#_________

Awak simpan sms luv yang saya bagi kat awak tak.
Ianya suatu yang paling istimewa yang saya pernah bagi kat awak.
Semoga awak berjaya dalam hidup.

Thursday, September 30, 2010

senarai matlamat dan impian.

Setiap manusia yang hidup dimuka bumi allah ini memang ada matlamat dan impian mereka yang tersendiri, antaranya adalah sku. Berikut adalah senarai matlamat dan impian yang insyallah akan aku capai:-

1. Berkahwin dengan wanita idaman.
2. Menjadi seorang yang pakar dalam I.T.
3. Membeli sebuah Lamboghini atau Hummer H2 Sut.
4. Menjadi anak yang soleh.
5. Dapat masuk syurga.
6. Membeli sebuah motosikal Naza GT-R 150.
7. dan lain-lain.

Diri Kita

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama allah lagi maha pemurah, kehidupan kita dimuka bumi ini hanyalah sementara dan bukan kekal selama-lamanya, tapi sudahkah kita semua bersiap sedia dengan alam akhirat? saya pasti masih ramai yang belum bersedia termasuk diri saya sendiri. Memang benar, setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan pada diri sendiri. Tapi, adakah kita sedar akan benda-benda tersebut? Adakah kita kenal diri kita sendiri. Kita hidup didunia ini penuh dengan dugaan, cabaran, dan benda-benda maksiat yang semakin berleluasa. Cuba tanya diri sendiri, adakah kita mahu melihat anak kita musnah seperti mereka yang alpa dengan kemewahan dunia sekarang. Semuanya itu ada pada diri kita. Misalnya, dahulu saya bercita-cita hendak menjadi polis, askar, juruterbang, dan pelbagai lagi. Tapi, sejak saya berumur 15 tahun saya sudah berminat kepada I.T. Tetapkan minat anda dan berusaha untuk mencapainya. Jalan penyelesaiannya amatlah mudah, "Jika kita kenal Allah S.W.T, maka kita akan kenal diri kita sendiri" Insyallah.

Wednesday, September 29, 2010

Facebook..menyenangkan atau menyusahkan???

Kalau bagi pandangan saya, Facebook atau laman sosial yang menjadi kegilaan ramai sekarang ada kalanya menyenangkan kita seperti , mudah untuk menghubungi teman-teman lama sekolah rendah, menengah, kolej, universiti, PLKN, dan macam-macam lagi. Cuma bagi sesetengah orang sahaja yang akan menggunakan laman ini sebagai tempat menfitnah atau menuduh sesama sendiri. Yang saya heran tu, sesama islam...masyallah, ingatlah nanti didalam kubur malaikat akan bertanya kepada kita,"Siapakah saudara kita?"...macam mana nak jawab...sedangkan diri sendiri pun berperang sesama islam...ingatlah juga Fisabilillah...

Berbalik kepada tajuk kita, facebook juga akan menyusahkan kita seperti berlaku salah tanggapan sesetengan orang mengenai komen yang ditulis. Tindakan kepada orang yang menerima komen tersebut haruslah bertanya jika tidak memahami apa yang ditulis. Ok.

PS; Pandai-pandailah memikirkannya

Tuesday, September 28, 2010

Cinta

Salam pertemuan sekali lagi. Hari aku nak cerita sikit pasal benda yang aku belajar daripada ex-girlfriend aku. Ramai cakap semua salah dia, tapi sebenarnya salah aku, aku yang buta dalam ilmu cinta ni. Sebenarnya memang betul tindakan dia memilih yang lain kerana aku masa tu memang kuat dengan ego aku yang entah bila nak habis. Tapi aku menyesal kerana tinggalkan dia, tapi nak buat macam mana, nasi sudah menjadi bubur. Aku betul-betul minta maaf dengan dia dan alhamdulillah sekarang kami berkawan seperti biasa dan benda yang aku belajar daripada dia ialah KESABARAN. Dia banyak bersabar dengan aku, dia banyak mengalah dengan aku, setiap kali gaduh mesti dia angkat bendera putih dulu, hahaha... banyak kenangan indah semasa kami bersama. Sekarang ni pun aku dah ada GF baru dan ex aku pun cakap dia dah maafkan serta melupakan kisah lalu dan berharap agar aku boleh menjaga GF baru aku. Amin

PS; Kepada mereka yang diluar sana, carilah teman wanita/lelaki yang boleh menjaga kita sebaik mungkin. insyallah

Saturday, September 25, 2010

bila jatuh, bangun semula!!!

Assalamualaikum, sebenarnya sudah lama saya didalam web Blogger ini dan saya ada juga meletakkan beberapa kisah hidup saya sebelum ini, cuma saya padam kerana tidak mahu lihat kisah lama lagi. Memang betul hidup kita ini belajar daripada pengalaman yang lepas, cuma itu hanya harus ada dalam fikiran masing-masing sahaja. Kisah yang mengaibkan(memalukan), tidak perlulah dikongsi di web blogger ini kerana dalam Allah S.W.T ada berfirman selagi kita menjaga aib orang lain, selagi itulah Allah akan menjaga aib kita...
Insyallah...